Pujuklah
hati apabila sesuatu yang berbeza dengan kehendak kita berlaku dalam hidup ini.
Setiap yang Allah takdirkan pasti ada hikmah dan kebaikannya. Mungkin kita
inginkan kesenangan, tapi Allah anugerahkan kesabaran. Kita inginkan keindahan,
tetapi Allah kurniakan kebenaran. Bukankah kesabaran dan kebenaran itu lebih berharga daripada keindahan dan
kesenangan?
Friday, April 6, 2012
Tuesday, April 3, 2012
KADAR RENUNGAN
Keikhlasan
teruji ketika di pertengahan dan di hujung satu amalan. Ketika dipuji atau
dikeji, bagaimana rasa hati kita? Apakah dipuji timbul dorongan untuk menambah
amal, atau bila dikeji muncul rasa hati ingin menghentikannya? Itulah boleh dijadikan asas muhasabah keikhlasan kita melalui rasa hati.Apakah ada syukur selepas amalan itu dilaksanakan dengan baik yakni dengan
mengambalikan semuanya kepada Allah? Apakah ada sabar sekiranya amalan yang
dibuat ada kekurangannya...
kbkk
PANDUAN MENJAWAB
SOALAN KBKK SEJARAH SPM
1.
KEPENTINGAN MEMATUHI PERATURAN DAN
UNDANG-UNDANG
-
Menjamin
kedaulatan sesebuah negara
-
Menjamin
ketaatan rakyat kepada pemerintah
-
Menjaga hak asasi rakyat
-
Melaksanakan hukuman
yang adil
-
Menjalankan pentadbiran
mengikut protokol
-
Membentuk sIstem
pentadbiran kemas dan teratur
-
Memastikan rakyat berdisplin
-
Memastikan rakyat hidup
bersatupadu
-
Membentuk hidup
bertoleransi dalam masyarakat berbilang kaum
-
Memupuk sikap saling
hormat menghormati
-
Menjamin keamanan negara
-
Menjamin kemakmuran negara
-
Menjamin keselamatan negara
-
Mana-mana
yang munasabah
3 KEBAIKAN SISTEM PEMERINTAHAN DEMOKRASI
- Rakyat terlibat dalam memilih / membentuk
kerajaan
- Rakyat boleh bersuara / kemukakan pandangan
- Pemimpin tidak berkuasa mutlak
- Menjamin hak asasi rakyat
- Tidak kejam
- Kedaulatan di tangan rakyat
- Rakyat bebas memilih pemimpin melalui pilihan raya
- Menjamin kerajaan yang adil / stabil
- Memastikan keamanan
- (Terima mana-mana jawapan munasabah)
4 PERANAN ANDA UNTUK
MEMASTIKAN KEAMANAN DAN KEHARMONIAN
NEGARA TERUS BERKEKALAN
- Mengamalkan akhlak yang mulia
- Saling bertolak ansur
- Menunjukkan teladan yang baik
- Mengutamakan kesabaran
- Memiliki kebijaksanaan
- Mengutamakan perpaduan
- Mengadakan perundingan
- Mengadakan perjanjian damai
- Berbincang secara harmoni / lembut
- Menggunakan diplomasi
- Menunjukkan sikap persefahaman
-
Tidak mudah menyerah
kalah
-
Menanam sikap perjuangan
-
Cekal menempuh
rintangan/ halangan
-
Melantik orang tengah
yang berkecuali
-
Mengamalkan sikap
berkecuali
-
Mematuhi Piagam PBB
-
Merealisasikan Gagasan
‘Satu Malaysia’
-
Mana-mana jawapan
munasabah
5 LANGKAH-LANGKAH
UNTUK MENJADI PUSAT KECEMERLANGAN ILMU DI PERSADA DUNIA
- Melahirkan ramai cendekiawan tempatan
- Memajukan bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D)
- Menaiktaraf universiti di negara ini
- Menyediakan pelbagai kursus yang relevan
- Menaiktaraf tenaga pengajar institusi pengajian tinggi
- Menggalakkan program pertukaran pelajar
- Memajukan program penterjemahan
- Memajukan program penulisan karya-karya / buku baru
-
Menganjurkan program
pendidikan antarabangsa
- Mencapai kualiti pendidikan setanding negara maju
- Menganjurkan banyak seminar/konvensyen berkaitan ilmu bertaraf antara
bangsa
- Memajukan prasarana pendidikan bertaraf dunia
- Meningkatkan jumlah pelajar luar negara/antara bangsa menuntut di IPT
negara
- Melahirkan ramai tokoh pemikir/cendekiawan/intelektual dalam pelbagai
bidang ilmu
- (Mana-mana jawapan munasabah)
6 LANGKAH
/ USAHA / CARA PERPADUAN KAUM DAPAT DIPUPUK.
- Sukatan pelajaran sekolah yang sama
- Penubuhan sekolah wawasan
- Sekolah satu aliran / aliran kebangsaan
- Pengamalan kebudayaan
- Amalan budaya dan agama yang berbeza dihormati
- Menggalakkan budaya rumah terbuka / perayaan raya bersama
- One Malaysia
- Sukan untuk semua
- Program Latihan Khidmat Negara / PLKN
- Amalan gotong-royong dan Rukun Tetangga
- Melalui subjek Sejarah / Pendidikan Moral / Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
- Perkahwinan antara kaum digalakkan
- Menggunakan bahasa kebangsaan semasa komunikasai
- Mengamalkan budaya yang baik
- Menghormati kebudayaan kaum lain
- Mengadakan aktiviti perkhemahan yang melibatkan pelbagai kaum
- Merancang aktiviti yang boleh disertai pelbagai kaum
- Menyertai pelbagai aktiviti anjuran sekolah
- Menganjur aktiviti sukan yang tidak berteraskan kaum
7 KEPENTINGAN PERPADUAN
- Memastikan keamanan negara berkekalan
- Wujud kehidupan/suasana harmoni dalam kalangan rakyat
- Dapat membangkitkan rasa cinta akan negara
- Mengelak daripada penjajahan kuasa asing
- Memastikan ekonomi negara terus berkembang
- Dapat menarik kedatangan pelabur asing
- Akan dihormati oleh negara luar
- Kemajuan negara akan berterusan/berkembang pesat
- Wujud kerjasama antara rakyat yang berbilang kaum
- Sebarang pertikaian akan dapat diatasi secara rundingan dan tolak ansur
kaum
- (Mana-mana jawapan munasabah)
8 KEPENTINGAN PENDIDIKAN.
- Meningkatkan ilmu pengetahuan
- Menaikkan imej negara
- Melahirkan masyarakat berilmu
- Memajukan negara
- Meningkatkan ekonomi negara
- Membina modal insan cemerlang
- Melatih pemimpin masa depan
- Membina ilmu daripada pelbagai sumber
- Mengadun budaya positif dari tamadun lain
- Menjana transformasi negara
- Melahirkan ilmuan / intelektual
-
Mana-mana
yang munasabah
9 KEPENTINGAN
HUBUNGAN BAIK
DENGAN NEGARA LUAR
- Mengekalkan kestabilan politik / negara /serantau/dunia
- Meningkatkan kerjasama/kemajuan/ekonomi
- Meningkatkan kemajuan sains / teknologi
- Memastikan kemajuan negara berterusan
- Menarik kemasukan pelabur-pelabur asing
- Memajukan bidang perindustrian/peladangan negara
- Meluaskan pasaran eksport keluaran negara
- Mendapat pertukaran teknologi
- Membantu mengekalkan keamanan dunia sejagat
- Mengelakkan pergolakan/pergeseran/krisis antara negara-negara
- Mengekalkan persefahaman
- Meneruskan hubungan diplomatik
- Membina semangat setiakawan
- Membuka peluang pekerjaan
- Membantu meningkatkan prasarana
- Menjalin kerjasama dalam bidang perubatan/kesihatan
- (Mana-mana jawapan yang
munasabah)
10 IKTIBAR
DARIPADA PERJUANGAN TOKOH-TOKOH KEMERDEKAAN NEGARA KITA.
- Rela berkorban
- Menggunakan pendekatan musyawarah/ mesyuarat/ perundingan/ kesepakatan
- Mendukung konsep kerjasama antara kaum/ pemimpin
- Menggunakan kebijaksanaan
- Permuafakatan dalam membuat keputusan
- Bertoleransi dalam kalangan masyarakat
- Mengutamakan keamanan
- Mengamalkan toleransi/ tolak ansur
- Mengamalkan pendekatan diplomasi
- Perpaduan kaum diutamakan
- Mengutamakan kesejahteraan/ kesentosaan
- Kesetiaan yang tidak berbelah bagi kepada negara
- (Mana-mana jawapan yang
munasabah)
11 CARA MENANGANI SETIAP CABARAN YANG
DIHADAPI
-
Tidak berputus asa
-
Berani menghadapi risiko
-
Cekal/tabah
-
Berfikiran positif
-
Rasional
-
Bijaksana
-
Berilmu
-
Bertoleransi
- Berdaya saing
- Menguasai pelbagai ilmu
- Mempunyai jati diri yang kukuh
- Berpegang teguh kepada ajaran agama
- Sentiasa bersatu padu
- Semangat patriotik /cinta akan negara
- Berinovasi / kreatif
- (Terima mana-mana jawapan munasabah)
12
KEPENTINGAN MENGEKALKAN
BANGUNAN BERSEJARAH / WARISAN
- Untuk dijadikan warisan generasi akan datang.
- Memelihara monumen
- Menubuhkan agensi yang mengurus monumen
- Mewartakan sebagai khazanah negara
- Mewartakan sebagai tapak warisan dunia
- Menggubal undang-undang khazanah negara
- Kempen melindungi monumen
- Mana-mana yang munasabah
13 CARA
MENGEKALKAN KEDAULATAN / KEMERDEKAAN NEGARA
- Bertolak ansur dalam politik
- Mewujudkan kerjasama
- Bermusyawarah untuk mencapai kata sepakat
- Sanggup berkorban demi kebaikan bersama
- Menjaga kedaulatan negara
- Merealisasikan dasar-dasar kerajaan
- Menjaga nama baik negara
- Menjayakan konsep 1Malaysia
- Setia kepada pemimpin
- Menghayati sejarah perjuangan para pejuang negara
- Menjayakan setiap kempen
- Bersatu padu
- Patuh kepada undang-undang
- Menghormati lambang-lambang negara
x
14
AKTIVITI YANG BOLEH
MENGUKUHKAN SISTEM PEMERINTAHAN BERAJA
- Menyemai semangat patriotik dalam kalangan pelajar
- Menghormati lambang-lambang kebesaran
- Menghayati Rukun Negara
- Menganjurkan pertandingan bahas/pidato/syarahan/kuiz/melukis berkaitan Yang
di Pertuan Agong dan raja
- Lawatan ke muzium diraja
- Mencari maklumat berkaitan melalui internet
- Menghasilkan buku skrap mengenai institusi raja
- Menggantung gambar Yang di Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu
- Meraikan hari keputeraan sultan
- Kembara Tengku Mahkota dibukukan
- (Mana-mana jawapan munasabah)
15 LANGKAH
MENJADIKAN MALAYSIA SEBAGAI SEBUAH NEGARA MAJU.
- Sentiasa bersikap inovatif
- Sentiasa berusaha membaiki / meningkatkan kehidupan
- Memelihara/ mengekalkan keamanan negara
- Mempunyai pemerintahan yang kuat / adil
- Pemerintahan yang berwibawa
- Meneliti / menghayati perubahan masyarakat lampau
- Pengetahuan agama yang baik/ falsafah / sains dan teknologi
- Kebolehan menjangka perubahan yang akan berlaku/ pandangan jauh
- Meningkatkan pemikiran/ kemahiran
- Meningkatkan ilmu
- Meneroka bidang baru
-
Mana-mana jawapan munasabah
16 CIRI-CIRI KEPIMPINAN
- Mentadbir berdasarkaan keadilan
- Bersifat amanah
- Berfikiran cerdas
- Bijak dalam pentadbiran
- Berakhlak mulia
- Sihat tubuh badan
- Patuh ajaran agama
- Mempraktikan undang-undang
- Menerapkan nilai-nilai murni
- Penyayang
- Adil
- Jujur/amanah
- Mementingkan rakyat / menjaga kebajikan rakyat
- Bertanggungjawab
- Berpandangan jauh / berwawasan
17
BERKAITAN SEORANG
PELAJAR
- Berilmu pengetahuan / menguasai ilmu / pelbagai bidang
- Menguasai ICT
- Menguasai bidang sains dan teknologi
- Mempunyai jati diri / patriotik
- Berpandangan jauh / berwawasan
- Inovatif / kreatif / reka cipta
- Menanam sifat ingin mencuba
- Berusaha bersungguh-sungguh
- Menghindarkan diri daripada unsur-unsur negatif
Subscribe to:
Posts (Atom)